Dunia yang berbeza, semuanya berbeza
Pulau Kukup
SALAH SATU PAYA BAKAU TERBESAR DI DUNIA YANG TIDAK DIDIAMI
PULAU KUKUP
Taman Negara Pulau Kukup (Johor) ditubuhkan pada tahun 1997 bagi melindungi salah satu pulau paya bakau terbesar di dunia. Pulau unik ini yang merangkumi keluasan 647 hektar adalah kawasan perlindungan yang penting bagi tumbuhan dan haiwan yang berkaitan dengan bakau; dan beberapa spesies yang dianggap jarang ditemui atau terancam. Laman pejalan kaki, platform pemerhati dan papan tanda bermaklumat menjadikannya tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian dan pendedahan kehidupan diatas mukabumi yang unik ini, dimana lautan dan daratan bertemu.
Taman ini merupakan tempat persinggahan penting bagi burung air yang bermigrasi melakukan perjalanan serta menempuh pelbagai rintangan di sepanjang Laluan Asia-Australasia (EAAF). Tanah berlumpur seluas 807 hektar yang mengelilingi taman ini merupakan tempat mendapatkan sumber makan yang produktif bagi burung semasa air surut, sedangkan paya bakau pula menyediakan tempat yang selamat bagi mereka untuk berlindung.
Taman ini juga penting bagi penduduk tempatan yang tinggal di tanah besar Kukup dimana paya bakau adalah tapak pembiakan ikan yang dapat menyokong industri perikanan tempatan dan lumpurnya kaya dengan hidupan kerang yang menyediakan sumber makanan dan pendapatan. Pulau ini berhadapan dengan Selat Melaka dan ianya boleh dikatakan salah satu laluan perkapalan tersibuk di dunia, pulau ini melindungi perairan pesisir dari angin dan ombak. Pada bulan Januari 2003, taman itu telah diwartakan oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tanah Lembab Berkepenting Antarabangsa, atau Tapak Ramsar.
Seperti kebanyakan pulau-pulau kecil lain di rantau ini, Pulau Kukup tidak lekang dengan pelbagai mitos dan legenda. Antaranya ialah kisah puteri kayangan; salah seorang daripadanya jatuh cinta dengan seorang pelaut dan menerima akibat yang buruk. Kisah lain menceritakan tentang ular gergasi yang melindungi pulau itu dan kadang-kadang dilihat berenang melintasi selat ke Pulau Karimun di Indonesia. Pada zaman dahulu, Pulau Kukup terkenal sebagai markas lanun. Menurut satu sumber (tidak dapat disahkan), nama pulau itu berasal dari kata Melayu ‘gugup’ kerana ianya merupakan apa yang para pelaut rasa pada masa terdahulu ketika mereka berlayar melintasi pulau ini, dalam perjalanan ke Selat Melaka.
As has been issued in the Warta Kerajaan Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989
(Peraturan-Peraturan Di Taman Negara Johor 2016) the admission rate is as follows:
Warganegara |
Pelajar / Warga Emas |
Dewasa |
OKU |
RM3.00 |
RM5.00 |
PERCUMA |
|
Bukan Warganegara |
RM10.00 |
RM20.00 |
PERCUMA |
|
Alamat pejabat:
Lot 1319 Mukim Air Masin
82300 Kukup,
Pontian Johor
Telefon Mudah Alih: +013-744 0957 (WhatsApp atau teks)
Office: +607-6969 355
Fax: +607-6969 366
Emel: tnj.pulaukukup@yahoo.com
Facebook: johornationalparks
Instagram: johornationalparks
Google Maps: https://goo.gl/maps/6T8C1Ubs1862
Waze: https://www.waze.com/ul?ll=1.32665222%2C103.44399333
GPS Location: 1°19’34.7″N 103°26’38.5″E
Ambil Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar dari tol Simpang Renggam (selepas Machap). Terus menuju Pontian / Benut dan ikut papan tanda ke Pulau Kukup.
Ambil Jalan Lebuhraya Skudai dan menuju ke Pontian/Pontian Kechil. Kemudian, ikut papan tanda ke pekan Kukup.
Tiada perkhidmatan bas terus ke Tanjung Piai. Bas tetap ke Pontian berlepas dari stesen bas Larkin di Johor Bahru. Perkhidmatan bas ekspres beroperasi dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Pontian. Perkhidmatan teksi biasa disediakan dari stesen bas Pontian ke pekan Kukup.
Level 1, Bangunan Dato’ Mohamed Salleh Perang,
Kota Iskandar, 79575 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607 2661301 | Fax: +607 2661302
Emel : jnpc@johor.gov.my
Hakcipta © 2022 Perbadanan Taman Negara Johor.