Content Image
Perbadanan Taman Negara Johor

PROJEK KHAS

PROJEK KHAS

GERAN PENYELIDIKAN PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR (PTNJ) TAHUN 2025/2026

Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) sentiasa komited dalam memperkukuh agenda pemuliharaan biodiversiti, pengurusan kawasan perlindungan, penyelidikan saintifik serta pembangunan ekopelancongan yang lestari di negeri Johor. Sejajar dengan keperluan tersebut, Geran Penyelidikan PTNJ Tahun 2025/2026 telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan penyelidikan yang mempunyai nilai saintifik, pengurusan dan aplikasi kepada pengurusan Taman Negara Johor.

Bagi tahun 2025/2026, sebanyak 10 tajuk projek penyelidikan telah berjaya memperoleh Geran Penyelidikan PTNJ dan melibatkan penyelidik daripada beberapa institusi pengajian tinggi, antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kesemua 10 penyelidik yang menerima geran tersebut telah berjaya membentangkan hasil penyelidikan masing-masing di Pejabat Perbadanan Taman Negara Johor.

Pelaksanaan penyelidikan ini merangkumi pelbagai bidang yang berkaitan secara langsung dengan pengurusan dan pembangunan Taman Negara Johor, termasuk ekopelancongan, kapasiti tampung pelawat, keselamatan pelancongan, biodiversiti, etnobotani, warisan dan pengetahuan tradisi, promosi digital, teknologi WebAR/realiti terimbuh serta penglibatan komuniti Orang Asli. Kepelbagaian skop penyelidikan ini memberikan perspektif yang lebih menyeluruh dalam menyokong pengurusan kawasan perlindungan secara berasaskan ilmu, data dan bukti saintifik.

Senarai Projek Penyelidikan Geran PTNJ 2025/2026

Bil.

Tajuk Penyelidikan

Penyelidik

Institusi

1

Why It’s Worth Revisiting: Factors Influencing the Visitation and Revisitation of Selected Johor National Parks

Dr. Muhamad bin Majid

UiTM Segamat

2

Pembangunan Aplikasi WebAR Eksplorasi Interaktif Pemeliharaan dan Pemuliharaan Spesies Tumbuhan Herba di Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) sebagai Objek Agro-Ekopelancongan Ilmu untuk Pemupukan Minat Pelajar terhadap Bidang STEM

Dr. Umawathy Techanamurthy

UKM

3

Model Eko-Pelancongan Berteraskan Pengalaman Estetika melalui Pendekatan Jejak Psikogeografi di Taman Negara Johor Pulau Kukup

Dr. Mohd Fadhli Shah Kaidzir

UKM

4

Meningkatkan Keselamatan Pelancongan dan Pekerja di Taman Negara Johor Gunung Ledang: Kajian terhadap Faktor Risiko Bencana Alam dan Langkah Mitigasi

Dr. Siti Hurhafizah Saleeza Binti Ramlee

UPNM

5

Dokumentasi Pengetahuan Tradisi Lisan Hutan Lagenda Gunung Ledang: Memperkasa Pelancongan Warisan ke Arah Pembangunan Eko-Pelancongan Negeri Johor

Dr. Nazatul Aini Abd Majid

UiTM Segamat

6

Inventori Ekologi dan Nilai Etnobotani Hutan Kerangas di Taman Negara Johor Endau-Rompin, Johor

Ts. Dr. Farah Ayuni Mohd Hatta

UKM

7

Kajian Impak Promosi Digital terhadap Kesedaran, Tingkah Laku dan Pengalaman Eko-Pelancongan di Taman Negara Johor

Prof Madya Dr. Siti Sarah Ibrahim

UKM

8

Assessment of Visitor Carrying Capacity at Tanjung Piai National Park, Johor

Dr. Nitanan Koshy Matthew

UPM

9

Reka Bentuk Interaktif Aplikasi Augmented Reality untuk Meningkatkan Pengalaman Eko-Pelancongan di Taman Negara Tanjung Piai

Dr. Nazatul Aini Abd Majid

UKM

10

Penyertaan Orang Asli dalam Ekopelancongan: Menilai Peranan Komuniti Jakun di Taman Negara Johor dari Aspek Amalan, Peraturan dan Dasar

Dr. Nur Safifa Binti Kamarunzaman

UiTM Shah Alam

Secara keseluruhannya, pelaksanaan Geran Penyelidikan PTNJ 2025/2026 bukan sahaja menghasilkan pengetahuan dan data baharu berkaitan Taman Negara Johor, malah berpotensi menyumbang kepada penambahbaikan pengurusan kawasan perlindungan, perancangan ekopelancongan, pemuliharaan biodiversiti, pengurusan pelawat serta penglibatan komuniti.

Pembentangan hasil penyelidikan oleh kesemua 10 penyelidik merupakan satu pencapaian penting dalam memastikan hasil geran dapat dikongsi, dinilai dan diterjemahkan kepada input yang bersesuaian untuk kegunaan PTNJ. Hasil kajian yang dikemukakan juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber rujukan dalam pembangunan pengurusan taman negara berasaskan penyelidikan, data dan bukti saintifik.

Justeru, Projek Khas Geran Penyelidikan PTNJ Tahun 2025/2026 ini menjadi wadah untuk mendokumentasikan pencapaian penyelidikan, memperkukuh hubungan strategik antara PTNJ dengan institusi pengajian tinggi serta mengenal pasti hasil kajian yang mempunyai potensi untuk diaplikasikan dalam pengurusan dan pemuliharaan Taman Negara Johor secara berterusan.

PROJEK KHAS

JOHOR NATIONAL PARK CORPORATION (PTNJ) RESEARCH GRANT 2025/2026

The Johor National Park Corporation (PTNJ) remains committed to strengthening the biodiversity conservation agenda, protected area management, scientific research, and sustainable ecotourism development in the State of Johor. In line with these needs, the PTNJ Research Grant 2025/2026 was implemented as an initiative to encourage research with scientific value and practical applications for the management of Johor National Parks.

For the 2025/2026 period, a total of 10 research projects successfully received the PTNJ Research Grant, involving researchers from several higher education institutions, including Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), and Universiti Putra Malaysia (UPM). All 10 researchers who received the grants successfully presented their respective research findings at the Johor National Park Corporation Office.

The research covered a wide range of areas directly related to the management and development of Johor National Parks, including ecotourism, visitor carrying capacity, tourism safety, biodiversity, ethnobotany, heritage and traditional knowledge, digital promotion, WebAR/augmented reality technology, and the involvement of the Orang Asli community. The diversity of research areas provides a more comprehensive perspective in supporting evidence-based protected area management founded on knowledge, data, and scientific findings.

PTNJ Research Grant 2025/2026 Research Projects

Bil.

Research Tittle

Researcher

Institution

1

Why It’s Worth Revisiting: Factors Influencing the Visitation and Revisitation of Selected Johor National Parks

Dr. Muhamad bin Majid

UiTM Segamat

2

Pembangunan Aplikasi WebAR Eksplorasi Interaktif Pemeliharaan dan Pemuliharaan Spesies Tumbuhan Herba di Taman Negara Johor Gunung Ledang (Lagenda) sebagai Objek Agro-Ekopelancongan Ilmu untuk Pemupukan Minat Pelajar terhadap Bidang STEM

Dr. Umawathy Techanamurthy

UKM

3

Model Eko-Pelancongan Berteraskan Pengalaman Estetika melalui Pendekatan Jejak Psikogeografi di Taman Negara Johor Pulau Kukup

Dr. Mohd Fadhli Shah Kaidzir

UKM

4

Meningkatkan Keselamatan Pelancongan dan Pekerja di Taman Negara Johor Gunung Ledang: Kajian terhadap Faktor Risiko Bencana Alam dan Langkah Mitigasi

Dr. Siti Hurhafizah Saleeza Binti Ramlee

UPNM

5

Dokumentasi Pengetahuan Tradisi Lisan Hutan Lagenda Gunung Ledang: Memperkasa Pelancongan Warisan ke Arah Pembangunan Eko-Pelancongan Negeri Johor

Dr. Nazatul Aini Abd Majid

UiTM Segamat

6

Inventori Ekologi dan Nilai Etnobotani Hutan Kerangas di Taman Negara Johor Endau-Rompin, Johor

Ts. Dr. Farah Ayuni Mohd Hatta

UKM

7

Kajian Impak Promosi Digital terhadap Kesedaran, Tingkah Laku dan Pengalaman Eko-Pelancongan di Taman Negara Johor

Prof Madya Dr. Siti Sarah Ibrahim

UKM

8

Assessment of Visitor Carrying Capacity at Tanjung Piai National Park, Johor

Dr. Nitanan Koshy Matthew

UPM

9

Reka Bentuk Interaktif Aplikasi Augmented Reality untuk Meningkatkan Pengalaman Eko-Pelancongan di Taman Negara Tanjung Piai

Dr. Nazatul Aini Abd Majid

UKM

10

Penyertaan Orang Asli dalam Ekopelancongan: Menilai Peranan Komuniti Jakun di Taman Negara Johor dari Aspek Amalan, Peraturan dan Dasar

Dr. Nur Safifa Binti Kamarunzaman

UiTM Shah Alam

Overall, the implementation of the PTNJ Research Grant 2025/2026 has not only generated new knowledge and data relating to Johor National Parks, but also has the potential to contribute to improvements in protected area management, ecotourism planning, biodiversity conservation, visitor management, and community engagement.

The presentation of research findings by all 10 researchers represents an important achievement in ensuring that the outcomes of the research grants are shared, evaluated, and translated into relevant inputs for PTNJ. The findings presented may also serve as an important reference in strengthening research-, data-, and science-based national park management.

Therefore, the PTNJ Research Grant 2025/2026 Special Project serves as a platform to document research achievements, strengthen strategic collaboration between PTNJ and higher education institutions, and identify research findings with potential applications in the management and conservation of Johor National Parks continuously.

The International Marine Organization (IMO) defines a Particularly Sensitive Sea Area (PSSA) as an area of significance (for ecological, socio-economic or scientific reasons) that needs special protection because it may be vulnerable to damage by international maritime activities. Examples of existing PSSAs include the Great Barrier Reef and Torres Strait in Australia, the Florida Keys National Marine Sanctuary in the United States, and the Paracas National Reserve in Peru.

Kawasan perairan pantai dari Pulau Kukup ke Tanjung Piai (PK-TP) telah dicalonkan sebagai PSSA. Kawasan ini telah mengalami hakisan pantai yang disebabkan oleh terlalu banyak kapal laut komersial yang melalui Selat Melaka. Kawasan PK-TP terletak di salah satu titik sempit selat dan pada asasnya titik masuk ke Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Singapura. Kapal-kapal besar yang melewati selat sempit menghasilkan gelombang yang kuat yang mengikis pantai. Terdapat juga risiko pelupusan haram sampah, minyak dan kumbahan dari kapal-kapal yang berlabuh berhampiran sambil menunggu untuk memasuki pelabuhan.

Pencalonan PK-TP telah dicetuskan oleh beberapa agensi kerajaan Malaysia, termasuk Jabatan Laut Malaysia, Institut Maritim Malaysia (MIMA) dan Perbadanan Taman Negara Johor. Cadangan itu mula-mula dibentangkan pada Sidang Ke-68 Jawatankuasa Perlindungan Alam Sekitar Marin (MEPC) pada Mac 2015. Perbincangan diteruskan pada MEPC Sesi ke-71 pada 2017, dengan tujuan untuk kelulusan akhir menjelang 2018. Usaha-usaha ini diteruskan dengan penglibatan agensi-agensi lain termasuk Unit Perancang Ekonomi (EPU), Institut Penyelidikan Hidrografi Kebangsaan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), serta Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Tujuan MOA, yang telah ditandatangani pada tahun 2012, adalah untuk meningkatkan penyelidikan saintifik dan program kesedaran awam, dengan penekanan kepada biodiversiti, alam sekitar, sumber alam, ekopelancongan, sosial, pendidikan, geologi, arkeologi dan pembangunan lestari dan pengurusan di Johor Negara Taman, terutamanya di Taman Negara Endau Rompin Johor.

Skop kerjasama ini termasuk:

  1. Pembangunan Pusat Penyelidikan Lapangan UTHM-JNPC
  2. Penyelidikan & penerbitan
  3. Latihan & ekspedisi
  4. Pembinaan stesen cuaca mini
  5. Usaha pemuliharaan
  6. Sains sosial dan penyelidikan masyarakat
  7. Program pendidikan alam
  8. Pembangunan sistem hidro hidro hibrid

Oleh itu, taman ini menjadi tapak utama bagi latihan praktikal dan penyelidikan lapangan untuk program Sarjana Muda Sains (Biodiversiti dan Pemuliharaan) UTHM. Program sarjana muda, yang dikendalikan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Gunaan UTHM, bertujuan untuk membangunkan kepakaran dalam biologi pemuliharaan untuk Negeri Johor khususnya dan Malaysia pada umumnya.

UTHM menggunakan NERC sebagai stesen penyelidikan lapangan dan makmal. Siswazah tahun akhir dan juga pelajar pascasiswazah (Sarjana Sains dan Doktor Falsafah) yang menjalankan projek-projek penyelidikan di taman adalah berdasarkan pada NERC untuk tempoh masa.

Dalam Perjanjian Kerjasama ini, Taman Negara Johor Pulau Kukup akan dibangunkan sebagai Pusat Penyelidikan Hutan Paya Laut FRIM dalam menjadikan Pulau Kukup sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan Hutan Paya Bakau yang bertaraf antarabangsa.

Antara kandungan di dalam Perjanjian Kerjasama Penyelidikan ini, adalah:

  1. Penyediaan Kemudahan Ruang Pejabat Penyelidikan di Kukup.
  2. Penubuhan Plot Penyelidikan Kekal
  3. Projek Pemuliharaan In-situ dan Ex-situ bagi Spesies Hutan Paya Laut di Pulau Kukup
  4. Penganjuran program Ekspedisi Saintifik di Tapak Ramsar Johor
  5. Stesen Kecil Kaji Cuaca
  6. Penerbitan Secara Bersama

PROJEK PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR JOHOR (JWCP)

 

The Johor Wildlife Conservation Project (JWCP) is an initiative by the Government of Johor to protect wildlife in Johor, with a focus on Malayan tigers and Asian elephants in the Endau-Rompin landscape. This landscape consists of Endau Rompin Johor National Park and several Permanent Reserved Forests (PRFs) in east Johor. In 2010, the project site was expanded to include the Lingiu area as well as the contiguous forest in Pahang. This increased the project landscape to around 3,800 km2, making it more viable for tigers and elephants.

 

DYMM Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar is the patron of JWCP.  The project was officially approved via a State Executive Council (EXCO) decision on 5th December 2007, with the official launch on 15th June 2009. The major partners of JWCP are the Johor National Parks Corporation (JNPC), Johor State Forestry Department (JSFD), Department of Wildlife and National Parks of Johor (DWNPJ), Royal Malaysia Police (PDRM) Johor Contingent, Kulim (Malaysia) Berhad and Wildlife Conservation Society – Malaysia Program (WCS-Malaysia Program).

 

Matlamat projek termasuk meningkatkan bilangan harimau sebanyak 50 peratus dalam tempoh 10 tahun. DYMM Sultan Ibrahim menetapkan larangan pemburuan di Johor yang membantu matlamat ini dengan melindungi harimau dan spesies mangsa. Survei perangkap kamera telah dijalankan untuk menganggarkan populasi hidupan liar dan akan terus digunakan untuk mengukur penambahbaikan. Ancaman utama kepada hidupan liar di kawasan itu ialah penebangan hutan dan pemburuan haram. Rondaan anti-pemburuan telah dihasilkan melalui kaedah saintifik dan perisikan yang menggunakan Sistem Maklumat Pengurusan (MIST) sebagai alat rakaman dan laporan. Rondaan anti-pemburuan haiwan liar di negeri jiran Pahang juga berfungsi untuk melindungi sempadan utara JWCP. Mitigasi Konflik Manusia-Gajah (HEC) juga merupakan sebahagian daripada projek ini, di mana penyelesaian inovatif digunakan untuk mengelakkan gajah daripada menyerang tanaman.

Skip to content