Content Image

SAMBUTAN HARI TANAH LEMBAP SEDUNIA 2026

Ahad 8 Febuari 2026 – Taman Negara Johor Tanjung Piai menjadi saksi komitmen bersama dalam menjayakan Tema Kelestarian Tanah Lembap Johor, selari dengan usaha pemuliharaan ekosistem dan pendidikan alam sekitar secara berterusan.
 
Antara pengisian utama program:
 
Aktiviti STEM Alam Sekitar melibatkan 40 orang pelajar SK Tasek Utara, memberi pendedahan awal kepada penguasaan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik melalui alam semulajadi terutamanya kepentingan ekosistem tanah lembap.
 
Penyerahan sumbangan CSR oleh IJM melalui anak syarikatnya ICP Piles dan Opero Hotel Southkey sebagai sokongan terhadap inisiatif pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar.
 
Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama UiTM, membuka ruang kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pendidikan dan kelestarian.
 
Semoga sambutan ini terus menyemai kesedaran, memupuk ilmu dan memperkukuh kerjasama dengan semua pihak demi kelestarian tanah lembap Johor untuk generasi akan datang.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dato’ Jefridin Bin Atan selaku wakil rasmi YB EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Agensi-agensi Negeri dan Persekutuan, Pejabat Daerah Pontian, Pejabat Tanah Daerah Pontian, Jabatan Perhutanan Johor, PERHILITAN Johor, rakan akademik UTHM dan UiTM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor serta SK Tasek Utara, rakan strategik Opero Hotel Southkey dan ICP Piles (anak syarikat IJM),
serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini.
 
Please follow and like us:
admin
Thumbnail

Previous Post
MoU PTNJ & FRIM

Skip to content