Content Image

πŒπŽπƒπ”π‹ πŒπ€ππ†π‘πŽπ•π„ π’π‚π‡πŽπŽπ‹ πƒπˆπ‹π€ππ‚π€π‘πŠπ€π π’π„πŒππ„ππ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„πŒππ”πŠπ€π€π 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 πŠπ”πŠπ”π

Β 
11 Mei 2024 (Sabtu), TNJ PULAU KUKUP – Bersempena pembukaan Taman Negara Johor Pulau Kukup pada 17 Mei 2024 ini, telah diadakan sedikit majlis ringkas perkenalan kepada aktiviti yang akan dilakukan melalui modul Mangrove School. Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor bersama Yang Berhormat Datuk Haji Jefridin bin Atan (DUN Kukup), Yang Berhormat Tuan Tan Eng Meng (DUN Pekan NANAS), Yang BerusahaTuan Haji Zainal bin Eran (Pegawai Daerah Pontian), Yang Berusaha Tuan Haji Ab Razak bin Khalid (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian dan Yang Berusaha Encik Taufik bin Bahar selaku Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor telah berkesempatan untuk melihat status terkini persediaan Taman Negara Johor Pulau Kukup menerima kemasukan pelawat.
Β 
Pada majlis ini juga, PTNJ turut memperkenalkan lantikan Resident Scientist kepada Yang Berusaha Dr. A. Aldrie Amir daripada Institute for Environment and Development (LESTARA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau akan dipertanggungjawabkan dalam menjalankan penyelidikan mengenai ekosistem bakau, memantau biodiversiti dan melibatkan diri dengan masyarakat tempatan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan bakau.
Β 
Turut bersama dalam menyertai aktiviti modul Mangrove School ini adalah terdiri daripada 101 pelajar-pelajar termasuk guru pengiring daripada SMK Sri Kukup, SMK Telok Kerang, Kolej Vokasional Tanjung Piai, SK Sungai Durian dan SJK(C) Ken Boon.
Β 
Bersempena dengan pembukaan TNJ Pulau Kukup ini juga, kemasukan pelawat adalah melalui sistem tempahan pelawat secara atas talian sahaja dan tiada penjualan tiket secara manual. Ini bagi mengawal kemasukan pelawat ke TNJ Pulau Kukup dengan keadaan semasa jeti terapung yang boleh menampung jumlah pelawat yang minima pada satu -satu masa.
Β 
Oleh yang demikian, semua pelawat boleh mula membeli melalui sistem tempahan tiket yang akan kami muatnaik pemakluman tidak lama lagi melalui semua rangkaian rasmi media sosial rasmi kami. Kapasiti 100 orang sehari telah ditetapkan bagi menjaga keselamatan dan keselesaan semua pelawat yang berada di atas platform Taman Negara Johor Pulau Kukup.
Β 
NATURE ESCAPES
Terus Melangkah
Pulihara Alam Demi Masa Hadapan
Β 
Please follow and like us:
admin
Thumbnail

Previous Post
LEDANG CLIMBATHON 2024

Thumbnail

Next Post
πŽππ‹πˆππ„ π“πˆπ‚πŠπ„π“πˆππ†...

Skip to content