MAJLIS PERASMIAN PROGRAM MIGRATORY BIRDS @ TANJUNG PIAI
Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. Sabtu, 24 September 2022
Sekitar Majlis Perasmian Program Migratory Birds @ Tanjung Piai
Program Migratory Birds @Tanjung Piai telah diadakan bagi menyambut kedatangan burung-burung hijrah musim sejuk yang dijangka hadir bermula bulan September hingga April setiap tahun.
Antara species burung yang sering direkodkan hadir adalah burung air seperti Burung kedidi kaki merah (Tringa totanus) , Kedidi kaki hijau (Tringa guttifer), Kendi pisau raut (Numenius phaeopus) serta burung pemangsa antaranya helang madu (Pernis ptilorhynchus orientalis) dan Black Bazar (Aviceda leuphotes). Burung bermigrasi bagi mengelak cuaca sejuk di negara asal seperti China, Russia, Jepun dan Korea yang menjadikan laluan Asia TimurβAustralasian sebagai kawasan persinggahan.
Dalam masa yg sama, inisiatif pihak PTNJ dalam meningkatkan kesedaran awam terhadap alam sekitar, satu modul Mangrove School telah dilancarkan oleh pihak PTNJ dengan kerjasama daripada pihak Impactlution yang diketuai oleh En. Ts Mohd Faisal bin Abd Rani. Modul ini dijangka akan digunapakai kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan kawasan Hutan Paya Bakau khususnya di TNJ Tanjung Piai dan TNJ Pulau Kukup.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan & Budaya Negeri Johor turut hadir sama Yang Berbahagia Tuan Haji Md Israk bin Abdullah selaku Pengerusi FGD Pelancongan Daerah Pontian dan Yang Berusaha En Taufik bin Bahar selaku Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor.