Content Image

SAMBUTAN HARI RADIO SEDUNIA 2024 @ TAMAN NEGARA JOHOR TANJUNG PIAI

13 Februari 2024, Tanjung Piai – Sambutan Hari Radio Sedunia telah mendapat sambutan yang sangat meriah daripada para pengunjung bagi meraikan hari yang cukup bermakna ini. Pelbagai pengisian dan aktiviti yang menarik telah diadakan seperti lintas langsung Selamat Pagi Malaysia, softlaunch Skuad Yok Donga Be, Explorace World Wetlands Day, Yok Terokai Taman Negara Johor Tanjung Piai dan banyak lagi.
Β 
Kehadiran pengunjung semasa musim cuti sekolah ini bertambah meriah tatkala fenomena air pasang turut berlaku pada jam 1.15 petang tadi. Fenomena semulajadi ini bukan sahaja menarik minat pengunjung tempatan malahan para pengunjung dari luar negara seperti China dan Korea Selatan. Keterujaan menyaksikan fenomena ini membuat ramai ibubapa membawa anak-anak mereka untuk merasai pengalaman bermain air yang turut dikawal selia oleh kakitangan TNJ Tanjung Piai.
Β 
Pihak Perbadanan Taman Negara Johor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penganjuran bersama pihak RTM sempena Sambutan Hari Radio Sedunia 2024. Semoga jalinan kerjasama yang erat ini dapat diteruskan untuk masa yang akan datang.
Β 
TERUS MELANGKAH
PULIHARA ALAM DEMI MASA HADAPAN
Please follow and like us:
admin
Thumbnail

Previous Post
PEMBENTANGAN...

Thumbnail

Next Post
MESYUARAT LEMBAGA...

Skip to content