Iskandar Puteri, Rabu 16 November 2022
Telah berlangsung majlis apresiasi yang dibuat khas bagi menghargai pihak-pihak yang telah terlibat dalam kejayaan PTNJ mendapat pengiktirafan sebagai ASEAN Heritage Parks ke-51.
Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor selaku wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor yang telah merasmikan majlis tersebut.
Pihak PTNJ mengucapkan terima kasih buat penerima sijil Khas Apresiasi seperti Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Wildlife Conservation Society, Malaysian Nature Society, Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan ASEAN Centre for Biodiversity atas komitmen yang telah diberikan. Besar harapan PTNJ untuk melihat lebih banyak lagi kerjasama yang mendatang agar dapat terjalin bagi mencapai tahap pengiktirafan yang lebih tinggi terutamanya dalam aspek konservasi.
Johor National Parks Corporation
Nusajaya Centre, No.8, Persiaran Ledang Heights,
79250 Iskandar Puteri,
Johor Darul Taβzim.
Tel : +607-266 1301
Fax: +607-266 1302
wa.me/+6013 744 0961
Email : jnpc@johor.gov.my
Copyright Β© 2022 Johor National Parks. All Right Reserved.
DisclaimerΒ |Β Security PolicyΒ |Β Privacy Policy |Β FAQ