Taman Negara Johor Tanjung Piai, Pontian. Sabtu, 17 September 2022
Sempena Hari Malaysia 2022, Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) dan Persatuan Pesara Polis negeri telah menganjurkan aktiviti jalan kaki sambil membersihkan sampah sarap di kawasan paya bakau di penghujung selatan benua asia itu.
Pengarah Perbadanan Taman Negara, negeri Johor, Taufik Bahar berkata aktiviti itu juga dijalankan bersempena World Cleanup Day, bermula semalam.
Sebanyak 1,177kg sampah telah berjaya dikutip dan dikumpulkan sempena program World Cleanup Day 2022 yang dijalankan serentak di 5 lokasi Taman Negara Johor pada hari ini. Terima kasih kepada pegawai dan kakitangan Perbadanan Taman Negara Johor yang menggalas tanggung jawab besar ini.
Mari berganding bahu bersama kami untuk dunia bebas sisa.