Content Image

GERAN PENYELIDIKAN PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR (PTNJ)

18 September 2024, Rabu – Taman Negara Johor Tanjung Piai, pontian

 

Pertama kali diwujudkan Geran Penyelidikan PTNJ kepada para penyelidik tempatan bagi menyokong inisiatif pemuliharaan Geran Penyelidikan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) adalah inisiatif yang bertujuan untuk menyokong kajian dan penyelidikan yang berkaitan dengan pemuliharaan, pengurusan, dan pembangunan biodiversiti di kawasan taman-taman negara Johor. Geran ini diberikan kepada penyelidik, institusi akademik, dan organisasi yang menjalankan kajian saintifik yang dapat menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai ekosistem taman negara, spesies yang dilindungi, dan pengurusan lestari kawasan perlindungan alam.

Matlamat geran ini adalah untuk menggalakkan penemuan baru yang dapat membantu dalam usaha pemuliharaan, pemantauan hidupan liar, pengurusan sumber semula jadi, serta mempromosikan sektor ekopelancongan yang beretika di Taman Negara Johor. Penyelidikan yang dijalankan melalui geran ini juga memainkan peranan penting dalam menyokong dasar pengurusan alam sekitar di peringkat negeri dan nasional.

Berikut merupakan tajuk kajian dan penyelidik yang berjaya:

  1. Prof. Ts. Dr. Mohd Nazip Suratman (Universiti Teknologi MARA)

Kajian Penyerapan Karbon di Taman Negara Gunung Ledang, Johor.

 

  1. Dr. Yogeeswari a/p Subramaniam (Universiti Teknologi Malaysia)

Model Etno-Ekopelancongan di Taman Negara Tanjung Piai: Peningkatan Ekonomi Komuniti dan Pemuliharaan Biodiversiti.

 

  1. Dr. Aqilah Awg Abdul Rahman (Universiti Tun Hussien Onn Malaysia)

Pelancongan Berasaskan Kupu-kupu di Air Terjun Gunung Ledang: Pendekatan Pendidikan Interaktif.

 

  1. Dr. Teh Zaharah Yaacob (Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian Impak Infrastruktur Terhadap Kesejahteraan Ekonomi dan Sosial di Taman Negara Johor: Analisis dan Potensi Penambaikan.

 

  1. Thi Bee Kin (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)

Dokumentasi Kepelbagaian Kulat Makro/ Cendawan Liar di Taman Negara Endau-Rompin.

 

Semoga para penerima geran akan terus bersemangat dan seterusnya berjaya melengkapkan kajian-kajian mereka demi kebaikan sejagat. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

NATURE ESCAPES

 

PULIHARA ALAM DEMI MASA HADAPAN

Please follow and like us:
admin
Thumbnail

Previous Post
𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐓𝐈𝐂𝐊𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆...

Skip to content