Content Image

Mangrove Run 2023

 

Taman Negara Johor Tanjung Piai

 

Tanjung Piai, 2 Febuari 2023 (Khamis) – Program Mangrove Run 2023 sempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia bertemakan ” Ia Masa Untuk Pemulihan Tanah Lembap” atau ” It’s Time for Wetland Restoration” telah melabuhkan tirai hari ini dengan penglibatan seramai 250 orang terdiri daripada urusetia, pelajar sekolah rendah dan menengah, pelajar tadika dan orang awam. Antara pengisian program ini adalah Fun Run sejauh 5 km, Fun Walk 3 km, Pertandingan Fotografi, Pertandingan Mewarna Tadika KEMAS dan semaian anak benih pokok bakau sempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia.

 

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor. Yang Berhormat telah melawat tapak pameran agensi Kerajaan  dan Swasta serta melihat Pertandingan Mewarna oleh murid-murid Tadika KEMAS. Turut hadir adalah Yang Berbahagia Dato’ Haji Salim bin Aman, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Johor, Yang Berusaha Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor, Yang Berusaha Puan Noor Faezah binti Md Esa, Pentadbir Tanah Daerah Pontian, Yang Berusaha Encik Taufik bin Bahar, Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor dan Yang Berusaha Encik Ahmad Azhar bin Ab Hamid, Penolong Pegawai Daerah ( Pembangunan Fizikal) Pejabat Daerah Pontian.

 

Terima kasih, Tahniah dan Syabas atas kerjasama penglibatan semua pihak dalam menjayakan program Mangrove Run 2023 sempena Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia.

 
Please follow and like us:
admin
Thumbnail

Previous Post
LAWATAN KERJA...

Thumbnail

Next Post
Pengoperasian...

Skip to content