Content Image

Pengoperasian Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta) dibuka Hanya Bagi ZON A Sahaja Kepada Pelawat

 

Taman Negara Johar Endau Rompin (Peta)

 

Pihak Perbadanan Negara Johor (PTNJ) mengambil berat dan maklum terhadap keperluan membantu ekonomi komuniti setempat ekoran banjir besar yang melanda mereka pada awal bulan Mac yang lalu. Oleh yang demikian, satu tinjuan oleh sepasukan Pegawai PTNJ telah melawat dan melakukan kajian inventori bagi mengkaji kesiapsediaan Kawasan Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta) untuk beroperasi serta membuat perjumpaan bersama dengan komuniti di Kampung Peta.


Hasil daripada siasatan pasukan tersebut mendapati bahawa buat masa kini, hanya Zon A sahaja yang dibenarkan dibuka kepada pelawat yang merangkumi kawasan Kompleks Pelawat, NERC, Kuala Jasin, Kuala Marong, Tasik Air Biru & Upeh Guling dengan kemasukan yang dikawal serta terhad bagi mengutamakan aspek keselamatan. Pihak PTNJ juga memohon agar semua pelawat yang hadir untuk sama-sama menjaga keselamatan sepanjang berada dalam Kawasan Taman Negara bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Please follow and like us:
admin
Thumbnail

Previous Post
Magrove Run 2023

Thumbnail

Next Post
SULTAN IBRAHIM...

Skip to content