DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar yang membawa gelaran ‘Dato’.
Majlis pengurniaan darjah yang berlangsung di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru adalah bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Tuanku Sultan yang ke-65, hari ini (22 November). Berangkat sama, DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Turut berangkat, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda dan DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor.
YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor. YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah serta Keluarga Diraja Johor.
Pada majlis yang sama, seramai empat individu dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang turut membawa gelaran ‘Dato’.
Penerima DMIJ ialah Tuan Haji Ismail Abu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan); YAA Tuan Haji Muhammad Khaldun Mohamad Sharif, Ketua Hakim Syariah Johor; CP Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor dan Prof Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Level 1, Bangunan Dato’ Mohamed Salleh Perang,
Kota Iskandar, 79575 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607 2661301 | Fax: +607 2661302
Email : jnpc@johor.gov.my
Copyright © 2022 Johor National Parks. All Right Reserved.