
Taman Negara Johor Gunung Ledang (waterfall)
Tangkak, 28 Jan 2023 (Sabtu) – Tuan Azman bin Haji Mohamed Shah, Pegawai Daerah Tangkak telah membuat lawatan kerja ke Taman Negara Johor Gunung Ledang (Waterfall). Lawatan kerja ini bertujuan bagi mengetahui perkembangan semasa perancangan pembangunan dan pengoperasian bagi Taman Negara Johor Gunung Ledang (Waterfall). Lawatan kerja ini memberi signifikasi yang jelas terhadap keprihatinan beliau terhadap pembangunan pelancongan dalam memastikan pengunjung dapat menikmati segala kemudahan dan merasai keindahan kawasan-kawasan yang menjadi tarikan eko-pelancongan di daerah Tangkak, Johor. Semoga apa yang direncana dapat direalisasikan mengikut perancangan.
Turut hadir bersama beliau adalah Yang Berhormat Puan Hajah Khairin-nisa binti Ismail@Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman,Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, Encik Azlan Farid bin
Mohd Said, Setiausaha Majlis Daerah Tangkak, Encik Ab Rahman bin Mohamed@ Ismail, Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor, Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani, Adun Dewan Negeri Kawasan Gambir, Yang Berbahagia Dato’ Ir Hamim bin Samsuri, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Tangkak dan tetamu jemputan yang lain.














Perbadanan Taman Negara Johor
Nusajaya Centre, No.8, Persiaran Ledang Heights,
79250 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607-266 1301
Fax: +607-266 1302
wa.me/+6013 744 0961
Emel : jnpc@johor.gov.my







Pengguna Hari Ini : 95
Pengguna 7 Hari Yang Lalu : 1383
Pengguna 30 Hari Yang Lalu : 6376
Jumlah Pelawat : 1925595
Hakcipta © 2022 Perbadanan Taman Negara Johor.