Air Jernih Bak Kristal Kepulauan Seribuat
TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR
SANTUARI UNTUK DUGONG, PENYU DAN HIDUPAN LAUT
SANTUARI UNTUK DUGONG, PENYU DAN HIDUPAN LAUT
TAMAN LAUT SULTAN ISKANDAR
Terletak di perairan tenggara Semenanjung Malaysia. Kesemua pulau-pulau yang terletak di perairan Johor ini adalah dilindungi dibawah pengurusan Taman Laut Sultan Iskandar. Pulau-pulau ini terletak di perairan pantai Mersing, Terdiri daripada 41 pulau yang dibahagikan kepada lima gugusan utama; iaitu Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
Dalam jangka masa yang pendek dengan menaiki bot dari tanah besar , kebanyakan pulau besar didiami oleh komuniti nelayan tradisional Melayu tempatan, yang telah berada di sini sejak zaman dahulu ketika para lanun ganas berkeliaran di lautan. Lanun pun telah lama dihapuskan dan pulau-pulau kini sudah mempunyai pelbagai rumah tamu dan resort yang sesuai dengan keperluan pelancong tempatan dan asing.
Berehat di tepi pantai, berenang di air yang jernih seperti kristal dan melakukan aktiviti sukan air adalah sesuatu yang berharga, di bawah desiran ombak pula terletak terumbu karang yang sihat dan cantik dengan pelbagai bentuk kehidupan yang menanti untuk diterokai, manakala perjalanan memancing di laut dalam adalah aspirasi pemancing berani
Secara ekologi, pulau-pulau ini mempunyai gabungan flora dan fauna yang unik termasuk dari spesies asal, endemik dan juga yang jarang dijumpai atau yang terancam secara global – baik di darat maupun di bawah air. Membentuk sebahagian daripada Geopark Mersing, pulau-pulau ini juga memiliki warisan geologi yang unik. Formasi batu lava berusia 248 juta tahun boleh ditemui di tempat-tempat tertentu, seperti di bahagian tenggara Pulau Sibu.
Bot laju ke pulau-pulau ini berlepas dari jeti Mersing atau Jeti Tanjung Leman, bergantung kepada destinasi pulau pilihan anda. Jeti Mersing terletak di tengah-tengah bandar Mersing, dimana jeti Tanjung Leman pula terletak lebih kurang sejam perjalanan ke selatan Mersing.
Bot yang menuju ke pulau-pulau di bahagian utara (termasuk Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Tengah dan Pulau Besar) berlepas dari jeti Mersing, manakala bot yang menuju ke Pulau Tinggi dan Pulau Sibu berlepas dari jeti Tanjung Leman.
Setiap pengendali resort menyediakan perkhidmatan bot ke pusat peranginan masing-masing, oleh itu pastikan anda mengatur penginapan dan pengangkutan anda terlebih dahulu. Pada masa ini, perkhidmatan feri hanya boleh didapati dari jeti Mersing ke Pulau Aur.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Taman Laut Sultan lskandar (Mersing office).
Level 1, Bangunan Dato’ Mohamed Salleh Perang,
Kota Iskandar, 79575 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607 2661301 | Fax: +607 2661302
Emel : jnpc@johor.gov.my
Hakcipta © 2022 Perbadanan Taman Negara Johor.