Content Image
Pesona Hutan Hujan

Endau-Rompin Peta Taman Negara Johor

TEROKAI HUTAN BELANTARA YANG MENCABAR DI LEMBAH HULU SUNGAI ENDAU

PENGENALAN

ENDAU-ROMPIN PETA

Ditubuhkan pada tahun 1993, Taman Negara Johor Endau-Rompin berkeluasan 48,905 ha adalah kawasan perlindungan terbesar di Selatan Semenanjung Malaysia. Hutan hujan tertua yang teletak di Tenggara Johor ini merupakan khazanah biodiversiti dan habitat kritikal yang sangat penting bagi kelangsungan hidup megafauna yang terancam di negara ini, termasuk harimau malaya, tapir malaya dan gajah Asia.

Terdapat dua pintu masuk utama ke taman negara Johor Endau Rompin iaitu pintu masuk Peta yang terletak di sempadan timur, di daerah Mersing dan pintu masuk Selai di sempadan barat daya, di daerah Segamat.

Pintu masuk Peta merupakan laluan ke hutan belantara di lembah Ulu Sungai Endau , di mana terdapat sungai-sungai yang mengalir jernih dan daya tarikan utamanya adalah air terjun. Lawatan ke Peta juga merupakan satu pengalaman kebudayaan, memandangkan lembah Endau terletak di tanah adat penduduk Kampung Peta yang kelangsungan hidupnya bergantung dengan hutan dengan cara hidup yang unik dan sukar dijelaskan. Melalui mata dan hati masyarakat Jakun, tanah yang abadi ini dipenuhi dengan sejarah lisan; dihuni oleh makhluk yang tidak kelihatan; dan hidup dengan mesej tersembunyi untuk mencintai haiwan.

5 tempat menarik di Peta:

  • Upeh Guling – Disajikan oleh pemandangan salah satu air terjun yang paling indah di negara ini
  • Buaya Sangkut – Alami perjalanan yang mencabar ke kaki air terjun yang hebat ini.
  • Janing Barat – Nikmati pengalaman dunia lain di hutan palma.
  • Tasik Biru – Berenang bersama ikan di air jernih Tasik Air Biru.
  • Kampung Peta – Aspirasi keraian dan kebudayaan orang Hulu yang asli.

Galeri Foto

PERGI KE SANA

Butiran untuk dihubungi

Pejabat Kahang:
Taman Negara Johor Endau-Rompin (Peta)
Tingkat Bawah, No. 11, Jalan Bawal 1, Taman Kahang Baru, Kahang, 86700 Kluang, Johor Darul Ta’zim

Telefon Mudah Alih : +60 13 744 0951 (WhatsApp or teks)
Telefon Pejabat: +60 7 788 2812
Faksimili: +60 7 788 2813
Emel:  tnj.erpeta@gmail.com

Facebook:  Endau Rompin Peta
Instagram: Endau_Rompin_Peta

Google Maps (Kahang Office) : 
https://goo.gl/maps/CnybE4mg3gx
Waze (Kahang Office) : 
https://www.waze.com/ul?ll=2.21173700%2C103.53583600

GPS Location (Pejabat Kahang): 2°12’42.3″N 103°32’09.0″E
GPS Location (Peta): 2°31’53.16″N 103°24’51.07″E



Menaiki Kereta

Pintu masuk Peta boleh diakses melalui bandar Kahang, di mana terletaknya pejabat Taman Negara Johor. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, keluar di Ayer Hitam jika anda datang dari utara, atau Simpang Renggam jika anda datang dari selatan. Ikut papan tanda jalan ke Kluang dan seterusnya ke Kahang.

Anda boleh berhenti di pejabat Taman Negara Johor di Kahang untuk beristirahat dan membeli bekalan makanan pada saat akhir di kedai-kedai berdekatan jika perlu. Laluan simpang ke taman dari jalan utama kira-kira 7 km dari Kahang melalui jalan ke arah Mersing. Dari simpang ke taman, ia lebih jauh kira-kira 53 km ke Kampung Peta melalui ladang kelapa sawit dan Rizab Hutan Labis Timur. Jika anda tidak mempunyai kenderaan 4WD, anda boleh merancang meninggalkan kenderaan anda di pejabat Taman Negara Johor di Kahang dan meneruskan perjalanan dengan pengangkutan awam tempatan.



Menaiki Pengangkutan Awam

Menaiki kereta api atau bas ekspres ke Kluang. Kemudian naik bas atau teksi ke Kahang. Perancangan awal boleh dilakukan dengan pihak Taman Negara Johor atau ajen pelancongan untuk menjemput anda di Kluang, Mersing atau Johor Bahru.



Menaiki Bot

Dengan perancangan awal, ada kemungkinan anda boleh sampai ke Kampung Peta melalui sungai dari Kampung Orang Asli Tanah Abang, yang terletak di hilir sepanjang Sungai Endau. Anda perlu membuat perancangan sendiri untuk ke ladang FELDA Nitar 2 di timur taman, di mana terletaknya jeti Tanah Abang. Ambil perhatian, bahawa perjalanan bot selama 3 jam ini tidak selalu digunakan disebabkan masa dan kos yang terlibat.

Galeri Video

Endau-Rompin Peta - Trails

Skip to content