Content Image
Penghujung Benua Asia

Tanjung Piai

DI MANA TANAH DAN LAUT BERTEMU

PENGENALAN

TANJUNG PIAI

Dari perspektif geografi, Tanjung Piai (dikenali juga sebagai: Cape of the Golden Leather Fern) terletak sudut yang sangat istimewa di dunia. Pada latitud 1° 16.00′ Utara, Tanjung Piai merupakan penghujung selatan di daratan Asia, atau lebih tepat benua Eurasia. Ia juga merupakan salah satu daripada beberapa tempat di mana dua negara jiran (Singapura dan Indonesia) dapat dilihat serentak.

Taman Negara Tanjung Piai (Johor) ditubuhkan pada tahun 1997 untuk melindungi tapak unik ini; terutamanya, paya bakau dan kawasan berlumpur yang saling memberikan fungsi penting kepada ekosistem kita. Pada tahun 2003, Taman Negara Tanjung Piai diiktiraf oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tapak Ramsar, atau Tanah Lembap Berkepenting Antarabangsa.

Ketika di awal penubuhan taman, adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat secara berterusan untuk melindungi hutan bakau yang menghadapi masalah hakisan yang serius disebabkan oleh gelombang yang kuat terutamanya dihasilkan oleh beribu-ribu kapal tangki yang berlayar setiap tahun, serta kejadian pencemaran sekali-sekala dari tumpahan minyak dan pembuangan air balas secara haram. Dengan pemasangan pemecah ombak ditambah pula dengan penanaman semula pokok bakau secara intensif, arus pasang kini telah berubah, dan banyak kawasan yang sebelumnya terhakis kini telah ditumbuh semula oleh hutan bakau yang sihat dan taman ini kini berada dalam keadaan yang lebih baik.

Berkeluasan 325 hektar, Tanjung Piai adalah taman yang terkecil namun yang paling banyak dikunjungi di antara lima Taman Negara Johor. Sudah pasti ianya menjadi tempat yang menarik untuk anda menghabiskan masa sehari, menghayati keindahan, mengambil gambar pemandangan dan mengagumi hubungan antara manusia dan alam semula jadi. Taman ini mempunyai kemudahan yang cukup untuk pelawat yang datang termasuk rangkaian laluan penjalan kaki berkembar sepanjang 1.2 km, kompleks pelawat yang menempatkan galeri maklumat, serta tapak perkhemahan yang unik di dalam bakau.

Galeri Foto

Entrance Fees

Seperti mana yang telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989 (Peraturan-Peraturan Fi Taman Negara Johor 2016) kadar kemasukan adalah sepeti berikut:

Warganegara

Pelajar / Warga Emas

Dewasa

OKU

 

RM3.00

RM5.00

PERCUMA

Bukan Warganegara

RM10.00

RM20.00

Free

Parkir

Motokar

Motorsikal

Menaiki Bas

 

PERCUMA

PERCUMAPERCUMA

PERGI KE SANA

Butiran untuk dihubungi

Alamat pejabat:
Taman Negara Johor Tanjung Piai
82030, Mukim Serkat Pontian,
Johor Darul Ta’zim.


Mobile: +6013-744 0956 (WhatsApp or text)
Office: +607-6960264

Facebook: https://www.facebook.com/tnjtanjungpiai
Instagram: taman_negara_johor_tanjung_piai

Google Maps: https://goo.gl/maps/ARgrrrPa8Pz
Waze: https://www.waze.com/ul?ll=1.26667194%2C103.50983620&navigate=yes&zoom=15
GPS Location: 1°16’05.6″N 103°30’30.9″E


Dari Kuala Lumpur (Utara)

Ambil Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di tol Simpang Renggam (selepas Machap). Terus menuju Pontian / Benut dan ikut papan tanda ke Tanjung Piai.


Dari Johor Bahru (Selatan)

Ambil Lebuhraya Jalan Skudai ke arah Pontian/Pontian Kechil. Di Pekan Nenas, belok kiri ke Jalan Peradin, ikut jalan luar bandar dan belok kanan di Jalan Belokok. Di Simpang Take Turn to Jalan Kukup-Pontian menuju ke Kukup . Selepas itu, ikuti papan tanda ke Tanjung Piai.


Pengangkutan Awam dari Johor Bahru / Kuala Lumpur

Tiada perkhidmatan bas terus ke Tanjung Piai. Bas tetap ke Pontian berlepas dari stesen bas Larkin di Johor Bahru. Perkhidmatan bas ekspres beroperasi dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Pontian. Perkhidmatan teksi biasa disediakan dari stesen bas Pontian. Anda perlu menempah terlebih dahulu dengan pemandu teksi untuk perjalanan pulang.

Galeri Video

Skip to content