04 Mei 2024, TNJ Gunung Ledang (Lagenda) – Penganjuran kali kedua selepas 2023 dengan penambahan kategori baharu iaitu 21km telah menjadikan penganjuran tahun ini lebih meriah dengan penglibatan 700 orang peserta.
Ledang Climbathon 2024 telah menarik minat para peserta dengan menyertai kategori 21km,14km dan 7km yang merangkumi peserta dari dalam dan luar negara. Penyertaan yang menggalakkan daripada luar negara seperti Brunei, Singapura, Jepun, United Kingdom, Thailand, Indonesia, Filipina, Nepal, Kazakhstan dan Vietnam.
Turut hadir sama membuat pelepasan bagi kesemua kategori tepat pada jam 5.00 pagi (acara 21 km), 7.00 pagi (acara 14km) dan 7.30 pagi (acara 7 km) adalah Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor. Sesi penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Raven Kumar Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor yang merupakan wakil rasmi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi Menteri Besar Johor. Turut serta pada sesi penyampaian hadiah adalah Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Keishatan dan Alam Sekitar, Yang Berusaha Encik Mohd Farid bin Hassim, Pegawai Daerah Tangkak dan Yang Berusaha Encik Taufik bin Bahar Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor.
Pihak Perbadanan Taman Negara Johor mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemenang atas kejayaan yang telah dicapai. Buat yang tidak berjaya, semoga anda terus berusaha dan kembali lagi untuk Ledang Climbathon 2025 yang akan datang. Senarai pemenang boleh dilihat dan pautan berikut https://my.raceresult.com/288480/results
Akhir sekali buat rakan penganjur bersama Kailas Malaysia Sdn Bhd, terima kasih atas komitmen yang diberikan bagi penganjuran Ledang Climbathon 2024. Terima kasih juga kepada rakan-rakan strategi dan media atas liputan yang dibuat seperti Tourism Johor, Pejabat Daerah Tangkak, Majlis Daerah Tangkak, Polis Daerah Tangkak, APAM, RELA, Pejabat Kesihatan Daerah, RTM, Media Digital Johor, johor.sinchew, Seven Days, Pelari Denai, Adventuredotmy Official, MBSB Bank dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang Ledang Climbathon 2024 ini berlangsung.
TAHNIAH DAN JUMPA ANDA PADA LEDANG CLIMBATHON 2025
TERUS MELANGKAH
PULIHARA ALAM DEMI MASA HADAPAN
#tamannegarajohor
#kailas
#ledangclimbathon2024
#gunungledang
#lagenda
Level 1, Bangunan Dato’ Mohamed Salleh Perang,
Kota Iskandar, 79575 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607 2661301 | Fax: +607 2661302
Emel : jnpc@johor.gov.my
Hakcipta © 2022 Perbadanan Taman Negara Johor.