Content Image
Pulau Kukup

AKTIVITI & PAKEJ

  • Lawatan tanpa jurupandu - Terokai taman melalui rangkaian laluan penjalan kaki dan platform pemerhati. Papan tanda di tempatkan dipelbagai lokasi memberikan maklumat mengenai kepelbagain ekosistem.
  • Lawatan berpandu – Pakej separuh hari secara berkumpulan boleh disusun melalui tempahan awal. Antara aktiviti yang disediakan “nature walk” bersama Ranjer Taman, makan tengah hari dan sijil penyertaan.
  • Penanaman pokok bakau – Aktiviti menanam bakau antara pilihan yang boleh dimasukkan ke dalam pakej berkumpulan setengah hari di atas.
  • Memerhati burung – Bulan terbaik untuk pemerhatian burung di sini adalah semasa musim migrasi dari sekitar bulan September hingga April. Sepanjang tempoh ini, anda boleh naik bot ke sebelah utara pulau untuk melihat burung-burung migrasi yang berhenti rehat di sini. Aktiviti ini juga boleh dilakukan pada setiap masa sepanjang tahun. Spesies bakau seperti Pacat Bakau, Mangrove Whistler dan Mangrove Blue Flycatcher boleh dilihat dari melalui pelantar pejalan kaki.. Anda juga boleh mengambil bot keluar ke persisiran berlumpur untuk mencuba melihat Lesser Adjutant iaitu bangau yang kelihatan aneh, botak dan terancam di seluruh dunia yang cenderung untuk berdiri tegak.
  • Menaiki bot menyusuri Sungai Ular – Memerhati hutan bakau dengan lebih dekat melalui bot di Sungai Ular, sebuah sungai kecil yang di bahagian timur pulau itu. Untuk makluman aktiviti menaiki bot ini hanya dilakukan semasa air pasang.
  • Pengalaman ke sangkar ikan – Selat sempit diantara Pulau Kukup dan tanah besar adalah tapak industri akuakultur yang berkembang pesat. Anda boleh merancang untuk berhenti di “kelong” (sangkar ikan terapung) Pulau Kukup untuk memberi makan ikan semasa dalam perjalanan dan mengetahui lebih lanjut mengenai industri perikanan di kawasan ini.
  • Menaiki bot mengelilingi pulau – Cara terbaik untuk mendapatkan pemandangan yang lebih baik di Kukup adalah dengan mengelilinginya. Perjalanan mengelilingi pulau ini menyajikan pemandangan Selat Melaka dan pulau-pulau berdekatan. Di sepanjang perjalanan, anda boleh berhenti dikelong untuk memberi makan ikan.
  • Memancing – Anda boleh memancing di kawasan memancing ikan, bahkan anda boleh memancing sepanjang malam dari jeti taman yang selesa. Walau bagaimanapun, pastikan pasang surut air terlebih dahulu kerana memancing dari jeti hanya ketika air pasang sahaja.
  • Fotografi komersil – Hutan paya bakau dan laluan penjalan kaki ditaman ini, meyediakan latar belakang yang cantik untuk mengambil foto perkahwinan dan sebagainya. Yuran yang munasabah dikenakan untuk setiap aktiviti (sila ke pejabat taman untuk pertanyaan).
Skip to content