Pulau Kukup
Hutan paya bakau, sungai dan kawasan berlumpur adalah habitat utama di dalam dan sekitar Pulau Kukup. Sekurang-kurangnya 18 spesies pokok bakau tumbuh di pulau itu; angka yang jauh lebih tinggi berbanding dengan tapak bakau lain yang lebih besar. Di kawasan terlindung ini, pokok-pokok bakau mampu tumbuh tanpa gangguan. Oleh itu, pulau itu mempunyai beberapa specimen hidup yang sangat besar, termasuk 20m tinggi pokok perepat (Sonneratia alba) yang kini merupakan rekod tertinggi di negara ini untuk spesies tersebut.
Hutan ini menyokong tujuh spesies mamalia, termasuk kelawar (Pteropus vampyrus), memerang bulu licin (Lutra perspicillata) dan musang (Paradoxurus hermaphroditus). Kucing liar (Prionailurus planiceps) adalah sepsies yang begantung kepada tanah lembap yang disenaraikan sebagai Terancam di IUCN Red List of Threaten Species begitu juga babi berjanggut (Sus barbatus) telah direkodkan di pulau ini, yang pada masa ini taburanya di Semenanjung Malaysia hanya di negeri Johor. Pulau Kukup juga merupakan laluan penting untuk ikan lumba-lumba beralih diantara pulau dan tanah besar.
Enam spesies reptilia yang terdapat di Pulau Kukup seperti mangrove skin (Emoia atrocostata), biawak air (Varanus salvator), buaya air masin (Crocodylus porosus), ular air (Cerberus rynchops), ular kapak bakau (Cryptelytrops purpureornaculatus) dan ular bakau. (Boiga dendrophila).
Pulau Kukup merupakan sebahagian daripada Kawasan Penting Burung & Biodiversiti (IBA) Pantai Barat Daya; salah satu daripada 55 IBA di seluruh Malaysia yang dikenal pasti oleh Birdlife International yang sangat signifikan untuk pemuliharaan burung dunia dan hidupan liar di peringkat antarabangsa. Pulau ini adalah rumah kepada beberapa burung yang terancam dan jarang ditemui di seluruh dunia termasuk Burung Botak (Leptoptilos javanicus), Puchong kelabu (Mycteria cineria) dan Bangau China (Egretta eulophotes), serta burung bakau seperti Pacat bakau (Pitta megarhyncha), Murai Siul Bakau (Pachycephala cinerea) dan Sambar biru bakau (Cyornis rufigastra).
Taman ini juga merupakan tempat persinggahan penting bagi burung air migrasi yang mengembara di sepanjang Laluan Asia Tenggara – Australasian (EAAF), seperti Kedidi kaki merah (Tringa totanus) dan White-winged Tern (Chlidonias leucopterus). Kawasan berlumpur di sebelah utara pulau adalah kawasan yang produktif untuk burung ini mencari makan semasa air surut manakala bakau memberikan mereka tempat yang selamat untuk bertenggek.
Bakau adalah habitat untuk banyak spesies ikan laut seperti siakap (Lates calcarifer), ikan merah (Lutjanus argentimaculatus) dan senangin (Eleutheronema tetradactylum). Kawasan lumpur di bahagian bawah habitat pelbagai spesis invertebrata laut termasuk spesies komersial penting seperti tiram (Crassostrea spp.), kerang (Tegillarca granosa) dan ketam sentinel (Macrophthalmus sp.).
Semasa berjalan di sepanjang laluan penjalan kaki, semua jenis haiwan merangkak yang menyeramkan dapat dilihat melintasi lumpur termasuk ketam pemanjat pokok (Episesarma spp.), fiddler crabs (Uca spp.), ketam rebab (Uca spp.) dan belacak. Seperti namanya, ketam pemanjat pokok memanjat pokok bakau. Mereka akan berada di atas paras air untuk melarikan diri dari ikan yang masuk mengikut arus air pasang. Untuk tidak merumitkan, ketam ini juga harus duduk diam untuk mengelak menjadi perhatian pemangsa lain yang bersembunyi di atas semasa air pasang surut seperti burung raja udang, biawak dan monyet (juga dikenali sebagai kera pemakan ketam).
Ketam rebab jantan dilengkapi dengan satu penyepit bersaiz normal dan satu penyepit bersaiz besar. Penyepit bersaiz besar digunakan untuk menarik perhatian ketam betina dan digunakan untuk pertahanan diri dari pesaingnya, sementara penyepit ukuran biasa digunakan untuk menyuap makanan di mulutnya. Bolehkah anda meneka mengapa ia dipanggil “ketam rebab atau ketam fiddler”?
Walaupun udang kara lumpur (Thalassina anomala) jarang dilihat, busut yang mereka bina menonjol seperti gunung berapi mini di antara pokok-pokok bakau. Busut-busut ini adalah habitat penting bagi banyak lagi haiwan merangkak, termasuk ketam pemanjat pokok.
Level 1, Bangunan Dato’ Mohamed Salleh Perang,
Kota Iskandar, 79575 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607 2661301 | Fax: +607 2661302
Emel : jnpc@johor.gov.my
Hakcipta © 2022 Perbadanan Taman Negara Johor.