Penghujung Benua Asia – Lokasi unik ini ditanda dengan satu tugu berbentuk bumi yang diperbuat daripada besi. Disini anda boleh mengambil gambar dengan tugu ini berlatar belakang pemandangan kapal laut adalah menjadi satu kemestian untuk pelawat yang datang ke sini.
Jeti 3 Kerajaan – Dari sudut pandang ini, anda akan dapat melihat Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Galeri maklumat – Selain daripada poster dan spesimen yang diawetkan, video pendek tentang taman dimainkan di sini.
Tapak semaian pokok bakau – Anak pokok bakau ditanam di tapak semaian sehingga cukup tinggi untuk digunakan di tempat penanaman semula.