Content Image

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺: 𝗗𝗿𝗮𝗳 𝗥𝗮𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗮𝘀 (𝗥𝗞𝗞) 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗘𝗻𝗱𝗮𝘂-𝗥𝗼𝗺𝗽𝗶𝗻

 

Johor Bahru, Khamis 15 Disember 2022

 

Telah berlangsung majlis apresiasi yang dibuat khas bagi menghargai pihak-pihak yang telah terlibat dalam kejayaan PTNJ mendapat pengiktirafan sebagai ASEAN Heritage Parks ke-51.

 

Turut hadir Yang Berbahagia Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor selaku wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor yang telah merasmikan majlis tersebut.

 

 

Pihak PTNJ mengucapkan terima kasih buat penerima sijil Khas Apresiasi seperti Universiti Tun Hussien Onn Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Wildlife Conservation Society, Malaysian Nature Society, Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan ASEAN Centre for Biodiversity atas komitmen yang telah diberikan. Besar harapan PTNJ untuk melihat lebih banyak lagi kerjasama yang mendatang agar dapat terjalin bagi mencapai tahap pengiktirafan yang lebih tinggi terutamanya dalam aspek konservasi.Pelancaran Draf RKK Pembangunan Taman Negara Johor Endau-Rompin Johor dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor dan simbolik penyerahan Laporan Draf RKK kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Yang Dipertua Majlis Daerah Labis dan Pengarah Perbadanan Taman Negara Johor.

 

 

Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Taman Negara Johor Endau-Rompin (RKK Pembangunan TNJER) merupakan rancangan pemajuan yang disediakan bagi tujuan pembangunan dan pelaksanaan segera bagi Taman Negara Johor Endau-Rompin (TNJER) serta kawasan sekitar khusus bagi menyokong matlamat pembangunan sebagai kawasan perlindungan (protected area) yang merupakan 𝗣𝗨𝗦𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗢𝗗𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗔𝗥𝗔𝗙 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 . Penyediaan RKK ini adalah sebagai ‘statutory documents’ yang disyaratkan dan menjadi keperluan khusus dalam menghasilkan pengiktirafan TNJER sebagai 𝗔𝗦𝗘𝗔𝗡 𝗛𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮𝗴𝗲 𝗣𝗮𝗿𝗸𝘀 (𝗔𝗛𝗣) .

 

 

Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas Pembangunan Taman Negara Endau Rompin, Johor, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.

Please follow and like us:
admin
Thumbnail

Previous Post
Sekitar Majlis...

Thumbnail

Next Post
LAWATAN KERJA...

Skip to content