
Β
Taman Negara Johor Gunung Ledang (waterfall)
Β
Tangkak, 28 Jan 2023 (Sabtu) – Tuan Azman bin Haji Mohamed Shah, Pegawai Daerah Tangkak telah membuat lawatan kerja ke Taman Negara Johor Gunung Ledang (Waterfall). Lawatan kerja ini bertujuan bagi mengetahui perkembangan semasa perancangan pembangunan dan pengoperasian bagi Taman Negara Johor Gunung Ledang (Waterfall).Β Lawatan kerja ini memberi signifikasi yang jelas terhadapΒ keprihatinan beliau terhadap pembangunan pelancongan dalam memastikanΒ pengunjung dapat menikmati segala kemudahan dan merasai keindahanΒ kawasan-kawasan yang menjadi tarikan eko-pelancongan di daerah Tangkak, Johor.Β Semoga apa yang direncana dapat direalisasikan mengikut perancangan.Β
Β
Turut hadir bersama beliau adalah Yang Berhormat Puan HajahΒ Khairin-nisa binti Ismail@Md On, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, KeluargaΒ Dan Masyarakat Negeri Johor,Β Tuan HajiΒ Mohd Nazid bin Jasiman,Pentadbir Tanah Daerah Tangkak, Encik Azlan Farid bin
Mohd Said, Setiausaha Majlis Daerah Tangkak, Encik Ab Rahman bin Mohamed@ Ismail, Tuan Haji Suhairi bin Haji Hashim, Pengarah Tourism Johor, Yang Berhormat Tuan Sahrihan bin Jani, Adun Dewan Negeri Kawasan Gambir, Yang Berbahagia Dato’ Ir Hamim bin Samsuri, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN Tangkak dan tetamu jemputan yang lain.














Perbadanan Taman Negara Johor
Nusajaya Centre, No.8, Persiaran Ledang Heights,
79250 Iskandar Puteri,
Johor Darul Taβzim.
Tel : +607-266 1301
Fax: +607-266 1302
wa.me/+6013 744 0961
Emel : jnpc@johor.gov.my







Pengguna Hari Ini : 255
Pengguna 7 Hari Yang Lalu : 1565
Pengguna 30 Hari Yang Lalu : 6170
Jumlah Pelawat : 1849619
Hakcipta Β© 2022 Perbadanan Taman Negara Johor.
PenafianΒ |Β Polisi KeselamatanΒ |Β Polisi Privasi |Β FAQ