Pulau Kukup
Tanah Besar Kukup merangkumi tiga perkampungan nelayan yang berkembang pesat (Kukup Laut, Air Masin dan Kampung Melayu) yang terkenal dengan restoran makanan laut, belacan tempatan dan ladang ternakan ikan sangkar. Walaupun tiada tempat menginap di Pulau Kukup, namun terdapat banyak rumah tradisional di tanah besar telah diubah menjadi butik hotel. Terdapat terminal dan terminal pemeriksaan imigresen ke Batam dan Tanjung Balai (Pulau Karimun) di Indonesia.
Apabila tiba di Pekan Kukup anda boleh singgah di pejabat taman untuk menempah bot ke pulau serta melihat galeri maklumat. Pejabat ini terletak di tepi jalan menghala ke terminal feri. Jeti kecil untuk ke Pulau Kukup terletak di sebelah kanan terminal.
Perbadanan Taman Negara Johor
Nusajaya Centre, No.8, Persiaran Ledang Heights,
79250 Iskandar Puteri,
Johor Darul Ta’zim.
Tel : +607-266 1301
Fax: +607-266 1302
wa.me/+6013 744 0961
Emel : jnpc@johor.gov.my
Hakcipta © 2022 Perbadanan Taman Negara Johor.