Content Image
Pulau Kukup

Tip-Tip Berguna

Tanah Besar Kukup merangkumi tiga perkampungan nelayan yang berkembang pesat (Kukup Laut, Air Masin dan Kampung Melayu) yang terkenal dengan restoran makanan laut, belacan tempatan dan ladang ternakan ikan sangkar. Walaupun tiada tempat menginap di Pulau Kukup, namun terdapat banyak rumah tradisional di tanah besar telah diubah menjadi butik hotel. Terdapat terminal dan terminal pemeriksaan imigresen ke Batam dan Tanjung Balai (Pulau Karimun) di Indonesia.


Apabila tiba di Pekan Kukup anda boleh singgah di pejabat taman untuk menempah bot ke pulau serta melihat galeri maklumat. Pejabat ini terletak di tepi jalan menghala ke terminal feri. Jeti kecil untuk ke Pulau Kukup terletak di sebelah kanan terminal.


  • Park opening hours are from 9am to 5pm. Last entry is at 4pm.
  • Arrange for package tours at least a few days in advance, especially if you have a large group. The list of packages on offer can be downloaded here.
  • Singgah di pejabat taman yang terletak di Pekan Kukup. Kakitangan taman yang ditempatkan di sini boleh mengaturkan bot ke pulau. Terdapat juga galeri maklumat yang memaparkan spesimen dan poster di flora dan fauna.
  • Memakai pakaian yang ringan, selesa dan memakai kasut
  • Berhati-hati ketika menaiki dan keluar dari bot.
  • Bawa bersama air minuman, penghalau serangga dan baju hujan jika anda melawat semasa musim hujan.
  • Bawa bersama sepasang teropong dan kamera.
  • Berhati-hati dengan kera. Jangan memberi makan kepada mereka.
  • Jangan membuang sampah merata-rata. Sila bawa pulang sampah anda.
  • Haiwan peliharaan tidak dibenarkan masuk ke taman.
Skip to content