Bot laju ke pulau-pulau ini berlepas dari jeti Mersing atau Jeti Tanjung Leman, bergantung kepada destinasi pulau pilihan anda. Jeti Mersing terletak di tengah-tengah bandar Mersing, dimana jeti Tanjung Leman pula terletak lebih kurang sejam perjalanan ke selatan Mersing.
Bot yang menuju ke pulau-pulau di bahagian utara (termasuk Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Tengah dan Pulau Besar) berlepas dari jeti Mersing, manakala bot yang menuju ke Pulau Tinggi dan Pulau Sibu berlepas dari jeti Tanjung Leman.
Setiap pengendali resort menyediakan perkhidmatan bot ke pusat peranginan masing-masing, oleh itu pastikan anda mengatur penginapan dan pengangkutan anda terlebih dahulu. Pada masa ini, perkhidmatan feri hanya boleh didapati dari jeti Mersing ke Pulau Aur.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Taman Laut Sultan lskandar (Mersing office).