Content Image
Tanjung Piai

AKTIVITI & PAKEJ

  • Lawatan tanpa jurupandu – Terokai taman melalui rangkaian laluan penjalan kaki dan platform pemerhati. Papan tanda di tempatkan dipelbagai lokasi memberikan maklumat mengenai kepelbagain ekosistem. Jangan lupa untuk swafoto dipenghujung benua Asia.
  • Lawatan berpandu – Rangers taman yang berpengalaman boleh memandu anda disekitar taman asalkan anda menempahnya terlebih dahulu.
  • Pendidikan alam semulajadi – Pakej pendidikan alam semulajadi secara berkumpulan boleh diatur, pastikan anda membuat tempahan awal.
  • Sayangi Tanah Lembap – Pakej ini menggabungkan aktiviti sukarela seperti penanaman bakau, memungut benih, pembersihan dan aktiviti lain seperti merentas halangan. Tempahan awal diperlukan.
  • Memerhati burung – Laluan penjalan kaki dan platform pemerhati adalah tempat yang baik untuk mengamati kehidupan burung species istimewa paya bakau seperti Mangrove Pitta dan Mangrove Blue Flycatcher serta burung-burung air tempatan.
  • Memancing – Dengan bayaran yang minima, anda boleh memancing dengan selesa di dua jeti taman.
  • Tempat merentas halangan – Sesuai untuk kursus team building, aktiviti merestas halangan kami di paya bakau yang berlumpur dijamin menguji kekuatan, kecerdasan dan tekad anda.
  • Berkhemah – Tapak perkhemahan unik kami terdiri daripada platform kayu dan laluan pejalan kaki (sila bawa khemah anda sendiri). Terdapat bahagian yang berasingan untuk lelaki dan wanita dengan bilik mandi dan tandas yang bersih, serta kabin berhawa dingin untuk guru yang mengiringi para pelajar. Tapak perkhemahan boleh menampung sehingga 30 khemah, atau 120 orang. Sila ambil perhatian bahawa bilangan minimum 40 orang diperlukan untuk menggunakan tapak perkhemahan. JNPC menawarkan jadual penuh perkhemahan, termasuk berjalan bersama alam semulajadi, aktiviti sukarelawan dan berjalan pada waktu malam.
  • Fotografi komersil – Paya bakau dan laluan penjalan kaki taman menjadikan latar belakang yang hebat untuk mengambil gambar. Yuran yang berpatutan dikenakan (sila berhubung di pejabat taman).
Skip to content